Rabu, 18 September 2013

SAI DI SAFA DAN MARWA

Rukun Haji yang keempat ialah sa'ie, iaitu berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah. 

HUKUM SA'IE 

Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji atau umrah tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batallah haji dan umrahnya. 
SYARAT-SYARAT SA'IE
  1. Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun dan boleh juga selepas tawaf qudum bagi yang mengerjakan haji ifrad;
  2. Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah- jarak antara Safa dan Marwah lebih kurang 420 meter;
  3. Cukup 7 kali perjalanan dengan yakin iaitu dari safa ke marwah sekali dan dari marwah ke safa sekali;
  4. Hendaklah sa'ie hingga sampai penghujung tempat sa'ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada kawasan yang dituntuti pada tiap-tiap kali.
  5. Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa'ie
  6. Hendaklah dilakukan sa'ie itu di mas'a sendiri iaitu tempat yang terbentang antara safa dan marwah bernama Al- Wadi
SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE 
Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa mengerjakan sa'ie diantaranya ialah:- 
  1. Berada dalam keadaan suci, yakni berwuduk,
  2. Keluar ke tempat sa'ie dengan melalui pintu safa
  3. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke anak-anak batu bukit dan berdoa,
  4. Setiap kali berada di Bukit Safa dan Marwah hendaklah menghadap kiblat ( Baitullah) dan mengangkat kedua belah tangan serta bertakbir 3 kali dan membaca kalimah tauhid.
  5. Berlari-lari anak atau berjalan cepat di satu tempat bertanda hijau bagi lelaki.
  6. Mualat antara sa'ie dengan tawaf.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar